Zizan Kahwin Tahun Hadapan

Pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Zizan Razak, 29, telah menyuarakan kesediaannya untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. Menurut Zizan, sudah tiba masanya untuk dia memikirkan soal perkahwinan dan merancang keluarga selepas melihat ramai rakan-rakannya telah menamatkan zaman bujang.

 DEFINISI TEMUJANJI ROMANTIK ADAM LEVINE >>

zizaninstag Zizan Kahwin Tahun Hadapan

Gambar: instagram Zizan Razak

ASPIRASI FESYEN KAKA AZRAFF >>

Menurut Zizan, dia rasa seronok melihat rakan-rakan bahagia dengan keluarga mereka dan mula teringin untuk membina keluarga sendiri. Katanya lagi, usianya yang mencecah 30 tahun pada tahun hadapan membuatkannya lebih bersedia untuk berkahwin. Walau bagaimanapun, menurut Zizan, dia masih ‘single’ dan belum mempunyai kekasih apatah lagi calon isteri.

NELYDIA RAMPAS QI DARIPADA YUNA? >>

zizaninstag2 Zizan Kahwin Tahun Hadapan

Gambar: instagram Zizan Razak

HANS DAN NEELOFA SUDAH BERBINCANG TENTANG KAHWIN >>

Dia yang pernah dikaitkan dengan Juliana Evans dan Nora Danish sedang mencari calon yang sesuai dan tidak memilih kekasih daripada golongan selebriti sahaja. Melihat kepada kesibukan Zizan, apa kata adakan satu program mencari jodoh seperti ‘The Bachelor’ untuk menyenangkan pencarian? Mesti mendapat sambutan!

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*