Hari Sungguh Memenatkan!

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter2Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

 

 

Pernahkah anda mengalami saat di mana penglihatan mula kabur akibat terlalu lama melaksanakan kerja di hadapan skrin komputer? Atau rasa sakit di bahagian kepala sehingga tidak mampu fokus terhadap tugasan yang perlu disiapkan?

 

Itu adalah antara tanda-tanda anda stres! Kala situasi begini, tentunya anda membayangkan percutian yang boleh menenangkan fikiran namun masa ‘rileks’ yang diperlukan adalah sekarang! Apakah caranya?

 

Ketahui 3 langkah terbaik untuk menghilangkan stres hanya dalam masa 10 minit hingga 2 minit!

 

 

Tangani stres dalam masa 10 minit

Nikmati suasana di dalam atau luar pejabat dengan berjalan kaki. Secara tidak langsung, ia bukan sahaja dapat mengalih tumpuan anda dari selambak tugasan, malah pergerakan di bahagian kaki mampu melancarkan lagi aliran darah dalam tubuh badan.

Lebih menakjubkan, ‘senaman sekejap’ ini juga mampu melancarkan pernafasan anda. Walaupun hanya 10 minit, namun hasilnya amat berkesan sekaligus meningkatkan daya ketahananmu untuk bekerja dengan lebih produktif! Ingat, work smart, not work hard.

 

 

 

Tangani stres dalam masa 5 minit

Ketawa. Bak kata pepatah Inggeris, laughter is the best medicine dan ia memang ada benarnya. Luangkan masa selama lima minit dengan membaca atau menonton video yang mampu membuatkan anda ketawa berdekah-dekah sehingga dapat melupakan seketika perkara yang mendatangkan stres!

Menurut kajian Pusat Perubatan Universiti Maryland, ketawa mampu mengelakkan penyakit jantung kerana apabila anda ketawa, seluruh tubuh badan akan bertindak balas dengan reaksi positif. Jadi, mengapa tidak anda berseronok dengan hanya ketawa!

Tangani stres dalam masa 2 minit

Hadir ke pejabat dengan kerutan pada dahi adalah perkara yang harus dijauhi. Takut nanti, rakan sepejabat takut untuk menegur anda kerana disangkakan anda sedang bad mood. Anda hanya perlu berhenti melakukan tugas, duduk tegak dan tarik nafas sedalam mungkin antara tiga hingga enam kali.

Kemudian, urut di bahagian kening, dahi dan rahang pada muka anda untuk kelegaan yang berpanjangan.

 

Nah, mudah bukan?

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter2Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*