Sayangi Payudara Anda

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter6Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0
Payudara yang sihat dan cantik sentiasa menjadi idaman dan kebanggaan setiap wanita. Lambakan produk kesihatan dan kecantikan payudara di pasaran memberi informasi dan manfaat berguna buat wanita. Malah rekaan fesyen coli yang fresh and updated juga tidak kurang hebatnya apabila member idea kepada wanita untuk tampil menarik dan berkeyakinan. EH! kali ini memberikan tips untuk payudara menawan.
TEH HIJAU
Pelbagai petua boleh dimanfaatkan bagi memperolehi payudara yang cantik. Selain Omega 3, sayuran dan vitamin E, pengambilan teh hijau setiap hari juga mampu meminimumkan risiko menghidap kanser payudara. Jangan lupa selitkan teh hijau di dalam diet harian anda mulai hari ini!
PAKAI COLI YANG SESUAI
Pemilihan coli amat penting untuk menyokong dan membentuk struktur payudara. Pakailah mengikut kesesuaian aktiviti dan elakkan memakai coli lebih 12 jam sehari bagi mengekalkan keindahan payudara untuk jangka masa lebih lama.
JAUHI ALKOHOL DAN ROKOK
Umum mengetahui pengambilan alkohol dan rokok mengundang pelbagai penyakit. Fakta juga mengesahkan pengambilan alkohol dan rokok meningkatkan risiko kanser payudara. Ayuh hentikan pengambilan alkohol dan rokok untuk kekal sihat!
SENAMAN DAN KURANGKAN STRESS
Kajian epidemiologi menunjukkan senaman membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan stress. Selain dapat membentuk payudara dengan cantik, ia juga membantu memejalkan saiz di samping melancarkan perjalanan darah di sekitar kawasan payudara.

 

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter6Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*