Yay, it’s the end of the year again! Sudahkah anda memilih destinasi percutian sebelum tirai 2011 ditutup selama-lamanya? Bercuti, bercuti juga tetapi kesihatan perlu dijaga. Web EH! menyenaraikan beberapa tip untuk mengekalkan tubuh yang sihat bagi anda yang tidak sabar menantikan hari untuk berseronok!
Elakkan minuman berkarbonat
 |
Ah…leganya tekak selepas meminum air berkarbonat yang sejuk di bawah cuaca panas. Namun anda lupa, minuman berkarbonat boleh menjejaskan kesihatan! Ini kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan kalori bertambah. Ini sekaligus menjadikan tubuh berasa cepat lesu dan mudah letih. Tidakkah anda memerlukan lebih tenaga untuk menikmati masa yang panjang semasa bercuti? |
Aplikasikan losyen pelindung UV dan pelembap

Berseronok terutama di destinasi percutian musim panas memerlukan penjagaan tubuh badan yang sempurna. Gunakan losyen pelindung UV dalam kuantiti berpatutan di waktu siang. Di sebelah malam pula, aplikasikan pelembap untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat dan tidak mengering. Pendedahan sinar UV yang berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai risiko antaranya migrain, ruam kulit, kanser kulit juga menjejaskan sistem imunisasi.
Minum air secukupnya
 |
Pastikan anda sentiasa membawa botol berisi air mineral ke mana saja anda pergi. Air dalam tubuh badan penting untuk sistem pencernaan, perpeluhan dan penyahtoksin. Apatah lagi tubuh memerlukan lebih banyak tenaga sewaktu bercuti. Selain itu, air juga berupaya membuatkan anda kenyang tanpa pertambahan kalori! Hebat, kan? Kekalkan tahap kesegaran tubuh dengan membawa botol isi semula kerana ia mampu menjimatkan wang! |
Kawal pengambilan makanan

Berlibur bukan alasan terbaik untuk anda mengambil makanan secara berlebihan. Saat inilah antara the crucial moment untuk menjaga pemakanan dengan lebih rapi. Elakkan makanan berlemak dan usah memakan makanan yang pedas sewaktu perut masih kosong. Langkah terbaik, mulakan dengan memakan buah-buahan sebelum meneruskan menu pilihan yang menyihatkan.
Tambahkan vitamin

Vitamin tidak seharusnya dipandang remeh kerana sumber nutrisi ini menjadikan tubuh anda lebih segar dan sihat secara efektif. Selain memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kadar yang banyak, pil supplement juga perlu dibawa. Anda juga boleh mendapatkan suntikan imunisasi jika destinasi percutian anda adalah di lokasi-lokasi yang terdedah dengan pelbagai wabak berjangkit.