|
ADA YANG MENJADIKAN HUBUNGAN
SEKS SEBAGAI PENAWAR STRES, TETAPI
BAGAIMANA PULA JIKA STRES MENJADI
PUNCA ‘PEMBUNUH’ SELERA SEKS?
Hubungan seks yang berkualiti tidak
hanya berkisar tentang mood atau situasi
persekitaran. Setiap kali hubungan intim
dijalankan, ia melibatkan komunikasi
dua hala. Yang pasti elakkan melakukan
hubungan seks dalam keadaan terpaksa
kerana ia bakal menjejaskan hubungan
antara anda dan suami.
Sebagai wanita ada banyak faktor
yang menyumbang kepada masalah
penurunan selera seks. Masalah-masalah
ini sebahagiannya sukar dikawal
dan memerlukan perhatian (rawatan
perubatan) untuk memulihkannya. Kenali
faktor-faktor mengapa keinginan seks
anda menurun.
MASALAH PERHUBUNGAN
Aktiviti seksual menjadi hambar atau
mungkin tidak berlaku jikalau wanita
menghadapi masalah perhubungan dengan
suami. Masalah komunikasi, salah faham,
kecurangan mahupun kewangan akan
membantutkan selera seks seseorang
wanita.
GANGGUAN EMOSI
Tekanan, rasa bimbang, sedih atau
kemurungan bisa menganggu-gugat
keharmonian hubungan seks suami isteri.
Wanita yang tidak bijak mengawal emosi
dan membiarkan masalah menguasai
perasaannya pasti mengalami kesukaran
memiliki hubungan seks yang berkualiti.
PASANGAN KAKU
Sikap pasangan (suami) yang sering beraksi
kaku, mementingkan diri mahupun tidak
bijak ‘menekan’ suis untuk membangkitkan
selera isteri melakukan hubungan intim juga menjadi punca masalah ini. Pabila berlaku
perkara-perkara seperti ini, sesetengah
wanita berasa kecewa dan minat pada seks
terus hilang. Hubungan seks sepatutnya
sesuatu yang menyeronokkan kedua-dua
belah pihak, bukan kepada suami sahaja.
|