1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 
Anggun ke kalau begitu?

Gaun leret cantik tersarung, clutch berkilau erat didakap. Tiba-tiba bunyi sendawa kuat. Erm... malunya!

Anggun luas pengertiannya dan subjektif maksudnya. Definisi anggun itu menurut kamus dewan merujuk kepada elok dan tampan, merangkumi pakaian, tingkah laku dan gaya. Namun begitu ramai yang mudah sekali memberi ‘pangkat’ anggun hanya berdasarkan penilaian luaran iaitu paras rupa bentuk fizikal dan pakaian. Sementelah anggun itu adalah bumbung kepada pakaian, tingkah laku dan gaya, maka tidak lengkap jika penilaian anggun itu hanya merujuk kepada rupa bentuk fizikal atau luaran semata.

Apa yang buat kamu anggun:

1. Kamu seiringkan penampilan dengan personaliti diri.
   
2. Lengkapkan diri dengan ilmu. Tidaklah ‘otak’ kamu polos.
   
3. Menjaga adab di mana sahaja kamu berada.
   
4. Sentiasa berfikiran positif. Tidak pernah bersangka buruk dengan orang lain.
   
5. Sentiasa rendah suara mengawal kata-kata dan tidak menyakiti hati orang lain.
   
6. Kamu bijak bersosial atau membawa diri, sesuai dengan majlis yang dihadiri.
   
7. Kamu menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
   
8. Sentiasa lemah-lembut dan bersopan-santun.
   
9. Kamu tahu menjaga maruah. Tidak menyarung pakaian yang terlampau seksi.
   
10. Bila berjalan, kamu menjaga tiap langkah. Berjalan tegak dan yakin.
   
sila rujuk majalah untuk selanjutnya 
 
Pengiklanan | Maklumbalas | Peta Laman | Rangkaian | Hubungi Kami | Karier | Tentang BluInc
Penafian | Polisi Persendirian | Hak Cipta Terpelihara @ 2007