|
Ekonomi
dunia tidak menentu sejak tahun lalu. Membaca akhbar
dan menonton tv juga hati jadi runsing melihat ramai
yang dibuang kerja. Aduh, kegawatan datang sekali lagi.
Ketepikan
Kad Kredit
Jangan
‘percaya’ kepada kad kredit. Walaupun ia adakalanya
membantu kala kamu kekeringan wang, tetapi jika dikaji
sebenarnya membeli barang secara tunai lebih baik kerana
kamu berbelanja pabila wang kamu ada di tangan. Lebih-lebih
lagi di zaman gawat, masa depan kewangan kita tidak
menentu. Siapa tahu esok lusa kita diberhentikan kerja,
siapa yang ingin menanggung hutang kad kredit yang membukit
itu. Selain itu, jika ditanguh pembayarannya, faedah
(interest) akan bertambah, menyebabkan harga barang
yang dibeli berlipat ganda berbanding harga asal.
Simpan
Wang
Ketepikan
sekurang-kurangnya lima peratus daripada jumlah keseluruhan
pendapatan bulanan untuk disimpan. Lebih baik jika wang
simpanan tersebut disimpan di dalam akaun berlainan.
Maksudnya, kamu mengasingkan akaun bank antara akaun
wang yang kamu gunakan untuk perbelanjaan harian dengan
akaun yang kamu gunakan untuk simpanan. Tinggalkan kad
ATM akaun untuk simpanan di rumah, untuk mengelakkan
kamu mengeluarkan wang kala berbelanja.
Melabur
Walaupun
kamu sudah membuat pelaburan dalam skim persaraan atau
simpanan peribadi, kamu masih boleh membuat pelaburan
dalam pelbagai cara. Pelaburan tidak semestinya menyimpan
wang di dalam akaun atau skim. Kamu juga boleh membuat
pelaburan dengan membeli aset seperti rumah atau tanah.
Pelaburan sebegini adalah program jangka panjang yang
akan memberikan hasil lumayan pada masa hadapan.
|