|
Ramai
yang menanam azam setiap kali munculnya tahun baru.
Pelbagai perkara ingin dicapai. Jangan terlalu mengejar
yang dicita hingga yang asas kamu lupakan.
Pakai
Cantik
Jangan
ambil mudah tentang penampilan. Maksudnya setiap apa
yang kamu sarung di tubuh biarlah bersesuaian dengan
tempat atau majlis yang di hadiri. Kurangkanlah yang
terdedah. Kamu perlu sensitif dengan persekitaran supaya
kamu tidak merasa janggal bila hadir ke majlis. Tidak
perlu yang berjenama asalkan yang kamu pakai sesuai
dengan budaya dan gaya hidup tempatan. Jika ke majlis
formal pastikan kamu tampil kemas.
Jaga
Hati
Hormatilah
orang di sekeliling kamu tanpa mengira peringkat umur,
pangkat mahu pun darjat. Setiap patah kata jauhi yang
menyakitkan hati atau menyinggung perasaaan orang. Setiap
patah kata perlu ditimbang-tara sebelum diucapkan. Pegang
teguh pada kata pepatah, ‘Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya’. Jangan ikut sedap mulut
bila berkata-kata.
Sabar
Bina
sifat sabar dalam diri. Andai ditimpa masalah atau musibah,
bijak mengawal diri dan bertindak mengikut akal bukan
nafsu. Jangan mudah melenting andai ada perkara yang
menyakitkan hati. Kawal sifat marah. Jangan juga cepat
panik atau gelabah andai ditimpa masalah. Ambil masa
untuk berfikir sebelum bertindak. Andai kamu sentiasa
bersabar, dengan izin Tuhan hari-hari kamu akan lebih
tenang
Kesihatan
Jaga
pemakanan dan rajinkan diri beriadah. Sayangi diri.
Jika kamu merokok, belajarlah untuk berhenti. Sekurang-kurangnya
berusahalah untuk mengurangkannya. Pabila makan, pilihlah
yang berkhasiat, jauhi yang memudaratkan. Jangan malas,
luangkan masa untuk bersenam. Jangan berpeluk tubuh,
duduk di rumah menonton TV sahaja.
|