1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 
Melayan bos ‘toksik’

Ketua yang cerewet, panas baran dan tiada toleransi antara ‘pencemar’ suasana damai di pejabat. Alahai, bagaimana hendak melayannya?

Sentiasa Tenang

Pertama sekali kamu perlu tingkatkan ‘daya tahan’ diri supaya sentiasa sabar dan tenang. Jangan terlalu ikutkan perasaan marah. Jangan juga suka mengomel atau cakap-cakap belakang kerana akhirnya ia tidak membawa apa-apa. Tiada apa yang akan berubah jika kamu terus mengomel. Naik angin atau melenting di hadapan rakan-rakan sekerja bukanlah pilihan paling bijak. Bukan sahaja tidak menguntungkan ia juga satu refleksi imej buruk kepada diri sendiri. Kelak kamu dikatakan tidak profesional dan menjejaskan reputasi. Setkan di minda kamu, selalunya ramai antara kita tidak sedar kelemahan diri dan mereka tidak tahu mereka adalah ketua yang tidak disenangi. Pendek kata kamu layankan atau dengar sahaja kata-katanya. Kalau ketua kamu marah-marah pekakkan sahaja telinga.

Kekalkan Prestasi

Jangan kerana kamu sakit hati, kamu sanggup korbankan prestasi kerja kamu. Ramai antara kita pabila tidak sukakan ketua suka mengabaikan tanggungjawab. Tugasan yang diberikan pun dijalankan sambil lewa dengan alasan rasa tidak dihargai. Kerja keras kamu tiada siapa yang pandang. Di akhir nanti ketua juga yang dapat nama. Seeloknya jangan begitu. Kamu mesti terus berusaha meningkatkan prestasi kerja, kerana setiap yang baik itu lambat laun akan dipandang. Seandainya kamu mengabaikan tugasan atau prestasi kerja menurun, akhirnya yang dipandang buruk adalah kamu. Walaupun seribu alasan yang kamu berikan, orang tetap akan menyalahkan kamu. Bagi mereka kamu yang gagal menjalankan tanggungjawab walaupun hakikatnya ketua kamu adalah puncanya. Kekalkan prestasi kerja yang cemerlang, kerana hujung tahun nanti rekod pencapaian kamu memuaskan hati semua orang. Silap hari bulan kamu yang akan jadi ketua nanti. Untung nasib siapa yang tahu.

Simpan Dan Pendam

Jangan mudah percaya kepada orang di sekeliling kamu. Jangan sewenang-wenangnya menyuarakan rasa tidak puas hati kamu kepada orang lain walaupun rakan sekerja kamu tampak seakan setuju dan sama tidak berpuas hati terhadap ketua. Kata orang “rambut sama hitam, hati lain-lain”. Tentu kamu juga pernah mendengar istilah kawan makan kawan. Takut nanti kawan yang kamu sangkakan menyokong kamu akhirnya yang menikam kamu dari belakang. Sekiranya kamu ada rasa tidak puas hati terhadap ketua, seeloknya pendamkan sahaja. Namun begitu itu tidak bermaksud kamu hanya perlu diam dan berpeluk tubuh sahaja, lakukan sesuatu supaya suasananya berubah. Tidak salah andai kamu ingin berkongsi masalah, namun seeloknya elakkan bercerita sewenang-wenangnya dengan rakan sekerja. Lebih baik seandainya kamu dapatkan nasihat.

sila rujuk majalah untuk selanjutnya 
 
Pengiklanan | Maklumbalas | Peta Laman | Rangkaian | Hubungi Kami | Karier | Tentang BluInc
Penafian | Polisi Persendirian | Hak Cipta Terpelihara @ 2007