|
Ajakan
teman saya yang seorang ini tidak dapat saya elakkan.
Apatah lagi Amri (bukan nama sebenar) bersungguhsungguh
meminta saya mengikutnya dengan merasuah saya-kononnya
apa yang bakal saya ketahui 'sangat menarik', penuh
iktibar dan tentunya baik buat
pedoman jika dimuatkan dalam ruangan Kisah Benar nanti.
“Rugi
kalau kau tak ikut aku, kisah kali ini bukan saja ‘penuh
misteri’ malah melibatkan seorang personaliti yang berpengaruh
dalam bidang perniagaan. Malah popularitinya sebagai
usahawan berjaya cukup terkenal sementelah menjadi idola
ramai yang mula bertatih dalam bidang perniagaan,” umpan
Amri memujuk saya mengikutnya lewat petang Khamis itu.
Saya
akhirnya setuju menemani Amri tetapi apa yang membingungkan
saya, destinasi pertama kami ialah Masjid Kampung Pandan.
Saya sekadar menduga, Amri ingin menunaikan solat tetapi
apabila difi kirkan semula waktu Asar sudah disempurnakan
sementara waktu Maghrib masih jauh lagi, hati saya mula
tertanya-tanya. Apatah lagi Amri membawa bersama botol
kosong air suling ke kamar mengambil wuduk.
“Untuk
apa kau bawak botol kosong tu Amri?,” soal saya mengharapkan
sebuah jawapan yang konkrit. “Adalah… nanti kau tahu
sendiri. Saya membiarkan Amri melunaskan tugasannya.
Tugasan yang mengundang pelbagai persoalan di minda
sementara saya terus berada di dalam kereta dengan pelbagai
andaian.
|