1 | 2 | 3 | 4 | 5

Warna & Trend Solekan Musim Bunga/Panas ‘10

DARI DERETAN SELEKSI WARNA SOLEKAN DIGARAP DI ATAS KANVAS WAJAH, NAN TERBENTANG DI PENTAS JUA KEMPEN YANG BERLEGAR DI SEPANJANG MUSIM YANG INDAH INI. APA DAN SIAPA YANG HANGAT DIPERKATAKAN? DAN OH, YANG MANA TOLONG TINGGALKAN?.

Cerita Kening
Kesinambungan kepada solekan pale & dandy, biasanya digandingkan dengan solekan kening yang menjadi titik tumpu jurusolek. Musim ini, terdapat dua cara alis dibega; sama ada melalui kening luntur atau kening yang jelas ketara bentuknya. Kata jurusolek di belakang pentas, Tiffany Johnston, “Kening bersapu pengilat dan kening yang diberus lebat adalah paling popular musim ini.” Apakah warna paling ‘in’ untuk kening? Kamu patut mencuba warna perang!

Pale & Dandy
Jadikan kehidupan ini serba mudah – itulah terjemahan solekan ini. Solekan sebegini mengadaptasi empat elemen; keseimbangan, kecantikan, elegan dan kesempurnaan. Trend ini juga dipanggil sebagai ‘silk stocking’. Wajah umpama porselin dengan litupan sempurna tanpa cela. Gunakan sedikit pengilat, tekstur pantulan-cahaya pada wajah. Biarkan ulas bibir segar semula jadi, wajah bebas warna dan bulu mata tanpa alas maskara.

Tocang
Gaya rambut tocang yang dipintal-pintal antara signature paling menyerlah; sama ada tocang dibiar lepas jatuh ke bawah atau dililit di atas kepala. Contohnya di pertunjukan fesyen Alexander Wang, Guido Palau membuat teknik tocang yang berilhamkan gaya Brooke Shields di era lewat 70-an – awal 80-an.

Poin Bibir Matte
Solekan fokus bibir atau bold lips bukanlah sesuatu yang baru tetapi warnanya saban musim disegarkan bagi memberi kelainan dalam konsep persembahan. Warna musim ini mengetengahkan gincu rona merah terang, merah jambu pekat, koral, dan lavender. Dan kebanyakannya bertekstur matte.

sila rujuk majalah untuk selanjutnya 
 
Pengiklanan | Maklumbalas | Peta Laman | Rangkaian | Hubungi Kami | Karier | Tentang BluInc
Penafian | Polisi Persendirian | Hak Cipta Terpelihara @ 2007