|
Rambut
mempersona untuk semua
Adakah
potongangan rambut yang khusus untuk usia itu dan ini?
Tidak ada! Tetapi pilihlah yang sesuai rupa dan personaliti
kamu tidak kekok mendandannya kelak.
Belasan
Tahun
Penjagaan
Biasanya
masalah rambut yang dialami lebih kepada kulit berminyak
dan kelemumur. Amalkan basuhan rambut yang kerap dan
jangan lupa pemakaian perapi rambut di bahagian tengah
dan hujung rambut bagi mengelakan helaian rambut kering.
Potongan/
Warna
Apa
jua potongan rambut masa ini boleh kamu cuba kerana
memang saatnya untuk kamu bereksperimen dengan pelbagai
potongan baru dan warna terhangat, asal sahaja ia sesuai
dengan bentuk wajah kamu.
20-an
Penjagaan
Apabila
kamu banyak melakukan teknik dandanan rambut seperti
mewarnakan, lurus mahupun dikerintingkan, ia menyumbang
kepada kerosakan rambut. Jika kamu selalu melakukannya,
ia perlu disusuli dengan penjagaan yang baik seperti
penyapuan serum, topeng dan tonik rambut selain syampu
dan perapi.
Potongan/Warna
Kekal
gaya mudamu dengan potongan bob yang tentunya kamu kelihatan
lebih ‘trendy’ dan segar. Apa pun sesuaikannya dengan
bentuk wajahmu dan perindahkannya dengan warna rambut
mahupun highlight/lowlight.
|