|
Semakin
bertambah usia, tubuh semakin berhadapan risiko pelbagai
masalah kesihatan malah potongan jauh berbeza dari yang
asal. Mampukah bertahan dengan saiz S sehingga usia
senja?
Belasan
Tahun
Di
awal usia begini, biasanya tidak banyak masalah badan
yang dihadapi. Tumpuan dan penjagaan badan lebih kepada
kebersihan dan bau badan. Kala ini, metabolisme tubuh
berada pada tahap yang baik dan pengeluaran peluh menjadi
lebih aktif. Masalah bau badan di kalangan remaja memang
menakutkan kerana ia menganggu keyakinan dan kebebasan
kala di khalayak. Paling penting jaga kebersihan, pemakanan,
mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan amalkan
pemakaian deodoran selepas mandi. Elakkan bersalin pakaian
sebelum pakaian dicuci bersih. Bagi pakaian yang tidak
boleh dibasuh selalu, anginkan pakaian itu untuk beberapa
ketika sebelum mengulang pakainya.
20-an
Mulakan
penjagaan makanan yang diambil. Disebabkan aktiviti
kamu ketika ini menjadi lebih sibuk dan memerlukan kamu
banyak bergerak, kamu memerlukan makanan tambahan yang
mampu memberi tenaga yang lebih di samping menyegarkan
tubuh. Bersenam secara sihat untuk menyeimbangkan bentuk
badan. Kebiasaannya, pada peringkat inilah, kebanyakan
wanita mula hilang bentuk asal badan. Berat badan bertambah
dan hilang potongan badan yang langsing membuatkan kamu
sukar untuk mengembalikannya kepada yang asal kelak.
Justeru, jangan leka! Untuk penjagaan kilit badan, jangan
lupa untuk melakukan proses penyingkiran sel kulit mati
bagi membolehkan sel kulit baru ditingkatkan. Oles pelembap
untuk memastikan kulit tidak kering dan hilang keanjalannya
kelak.
|