1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6
Mencari ‘tunjang’ kesihatan

Ketahui di mana rahsia tunjang kesihatan kamu. Andai rapuh tempat berpaut, maka lemah-longlailah kamu.

Pernafasan

Bahagian pernafasan adalah perihal yang mesti dititik beratkan oleh mereka yang berbintang Aquarius. Organ pernafasan seperti paru-paru memainkan peranan penting dalam mengawal kesihatan keseluruhan Aquarius. Namun begitu, salah satu kelemahan Aquarius ialah mereka seringkali cuai lantas menyebabkan mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecederaan yang disebabkan kemalangan. Salah satu godaan yang akan menjejaskan kesihatan kamu ialah makanan yang berlemak dan berminyak. Kari antara makanan yang sukar untuk kamu tolak. Kurangkan makanan segera atau makanan ringan dan yang pedas kerana ia akan menjejaskan kesihatan perut. Lebihkan makanan yang kaya dengan fi ber serta buah-buahan dan sayur-sayuran.

Bahagian Tangan

Kamu yang berbintang Gemini mesti memberikan perhatian kepada bahagian tangan, dari bahu hinggalah ke hujung jari-jari. Kekuatan otot-otot tangan mesti ditingkatkan supaya kesihatan kamu lebih terjamin. Gemini juga punya risiko yang tinggi mengalami masalah yang berkaitan dengan pernafasan seperti asthma, bronchitis dan kesejukan. Kamu dinasihatkan meluangkan masa berenang kerana senaman ini sesuai untuk menjaga kesihatan kamu. Jika ada masa pergilah bercuti kerana bercuti sehari dua sudah cukup untuk memberi tenaga kepada kamu.

Peredaran Darah

Sekiranya kamu berbintang Leo, sila beri keutamaan kepada kesihatan jantung kerana ia adalah asas kesihatan paling penting bagi kamu. Ini kerana kesihatan tubuh kamu banyak bergantung kepada peredaran darah dalam tubuh (blood circulation). Jangan terlalu sibukkan soal kerja kerana ia akan menjejaskan kesihatan. Andai punya masalah kesihatan segeralah bertemu pakar kesihatan. Ambil peluang tahun ini untuk kamu meningkatkan tahap kesihatan kerana 2009 adalah tahun bertuah bagi kamu. Pilih makanan yang berkhasiat, ambil masa untuk berjalan, tenangkan diri dan sekiranya kamu merokok, cuba kurangkannya. Tahun 2009 juga adalah tahun paling tepat untuk kamu belajar berhenti merokok.

sila rujuk majalah untuk selanjutnya 
 
Pengiklanan | Maklumbalas | Peta Laman | Rangkaian | Hubungi Kami | Karier | Tentang BluInc
Penafian | Polisi Persendirian | Hak Cipta Terpelihara @ 2007