Sempena kehangat anugerah stail EH! yang berlangsung bulan ini, EH! cadangkan stail hebat rambut yang boleh dicuba di majlis gilang-gemilang itu nanti. Bagi yang tidak berpeluang bersama kami di malam itu, ayuh gayakan sahaja di majlis hebat lainnya nanti.
Aduh, kalau sudah mekapnya sakan, bajunya hebat, tidak padanlah kalau rambutnya
terbiar sepi begitu sahaja. Kata orang tidak cukup syarat kalau mahu dipandang di majlis gah nanti. Rambut memainkan peranan penting dalam melengkapi gaya seseorang. Kalau sehari-harinya kamu sudah biasa dengan rambut lepas begitu sahaja atau sekadar diikat tinggi gaya santai, rugi kiranya kamu lepaskan peluang ‘merenggekkan’ rambut untuk satu malam yang membuka pintu luas untuk kamu melaram.
 |