1 | 2
Full House membuai rasa...

Rona putih yang mendamaikan, hiasannya membuai jiwa. Aduhai, makanannya pula menggoda rasa. Seketika di sini pasti ada yang leka melayan rasa.

Bila disuakan cadangan bersantap ke sini, saya tertanya-tanya seronok sangat ke hendak makan di sini. Melihatkan laluannya yang agak mengelirukan membuatkan saya berat hati untuk ke sini. Tetapi, yakin dengan keindahan yang dijanjikan, saya ikutkan juga. Ketika dalam perjalanan saya sedari tidaklah sesukar yang dijangka.

Sampai sahaja di perkarangan NZX Complex, saya terpaku melihat lot kedai yang diubah menjadi restoran eksklusif. Rona putihnya memanggil-manggil dari kejauhan.Tiba sahaja di muka pintu Full House, pandangan tertumpu kepada kereta mini Austin yang diletakkan betul-betul di hadapan pintu masuk. Bagaikan rumah sebenar, itulah tempat letak kereta. Di kiri kanannya pula disusun cantik kerusi dan meja, bagaikan laman sebuah rumah agam. Rumput dan pepohon hijau meredupkan pandangan. Dan dari situ dapat saya simpulkan, konsep rumah dijadikan kekuatan dan tarikan kepada restoran yang mula beroperasi Julai lalu.

 

 

sila rujuk majalah untuk selanjutnya 
 
Pengiklanan | Maklumbalas | Peta Laman | Rangkaian | Hubungi Kami | Karier | Tentang BluInc
Penafian | Polisi Persendirian | Hak Cipta Terpelihara @ 2007