|
Dari pentas dan layar, bintang-bintang ini
berkongsi pesona cita rasa bersama peminat
mereka. Ketahui tujuh selebriti yang menggunakan aura glamor mereka dalam merancakkan lagi industri fesyen dunia!
ROCK
& REPUBLIC OLEH VICTORIA BECKHAM
Victoria Beckham tentunya selebriti wanita
paling popular di dunia! Selain kerana gandingan auranya
bersama wira bola sepak dunia David Beckham, sebelum
itu, Victoria juga berjaya mencipta persada kemashyurannya
dan gaya kala bersama kumpulan Spice Girls. Himpunan
Rock & Republic menjelaskan ketinggian cita rasa Victoria pada dunia fesyen.
Selain Rock & Republic, Victoria memiliki dua lagi himpunan jenama fesyen antaranya dVb dan R&R.
|