Menggunakan baldi berisi air berbanding menggunakan hos air untuk membasuh kereta adalah langkah paling bijak.
Usah jadikan diri anda sebagai individu yang mementingkan diri dengan memandu kereta secara bersendirian.
Membeli belah di butik bundle sebenarnya ada baiknya.
Jangan jadikan hari Sabtu sebagai satu-satunya hari untuk anda membawa beg serba guna.
Jika anda gemar mengumpul aksesori fesyen, tidak salah jika anda menggunakan bahan-bahan jahitan di rumah untuk menghasilkan aksesori sendiri.
Menyedari semakin banyak kosmetik mempergiatkan kempen kitar semula, anda sebagai pengguna sepatutnya bijak memilih jenama kosmetik.
Kebanyakan bahan bacaan di pasaran adalah berharga tinggi.
Mulakan tabiat suka menanam pokok di sekitar rumah untuk mencipta suasana hijau.
Jika anda terpaksa menunggu lama di dalam kereta, matikan enjin untuk menjimatkan penggunaan minyak petrol.
Penggunaan penghawa dingin akan menyebabkan gas chlorofluorocarbon atau CFC terhasil dan jika gas ini dilepaskan dengan banyak, lapisan ozon di udara akan bertambah nipis.