1
Apabila lelaki merajuk

Kenapa hanya perempuan boleh merajuk? Mengapa lelaki tidak boleh merajuk. Bukankah lelaki juga ada perasan? Mahu dimanja dan dipujuk?

BICARA MANIS
Setiap perempuan patut tahu sebenarnya anda dilahirkan menuturkan bicara-bicara manis yang mampu meruntun hati seorang lelaki. Raja Louis XVI sanggup membunuh beribu-ribu rakyatnya kerana pujuk rayu Mary Antoinette. Raja Ferdinand begitu bersungguh-sungguh menyembelih umat Islam di Andalusia apabila dihasut oleh Isabella dengan kata-kata penuh madu. Apabila seorang lelaki merajuk, maka dengan senjata itulah perempuan dapat mengakhiri rajuknya. Ucapkan kata-kata cinta penuh rayu asmara, dengan suara lemah lembut penuh lemak.

BELANJA MAKAN
Sekiranya selama ini si dia sahaja yang akan membayar bil apabila menikmati hidangan di restoran, tidak salah sekiranya anda pula sesekali bermurah hati untuk candle light dinner penuh romantis dan menikmati keindahan hanya berdua-duaan sahaja. Bagi yang kurang berkemampuan pula, belanja makan nasi beriani ayam madu di kedai mamak ataupun tomyam seafood serta daging masak merah di restoran ala Thai juga masih OK. Yang penting ialah anda menunjukkan keikhlasan untuk memenangi hatinya semula.

BERIKAN HADIAH
Sekiranya kalau perempuan yang merajuk, si lelaki akan beria-ia memujuk dengan memberi hadiah untuk melembutkan hati yang sekeras seperti kerak nasi. Apa kata untuk lelaki yang merajuk, cuba kaedah yang sama dengan memberi hadiah yang disukainya seperti baju kemeja berjenama, jam tangan ataupun playstation! Pasti si dia akan melonjak kegembiran.

sila rujuk majalah untuk selanjutnya 
 
Pengiklanan | Maklumbalas | Peta Laman | Rangkaian | Hubungi Kami | Karier | Tentang BluInc
Penafian | Polisi Persendirian | Hak Cipta Terpelihara @ 2007