1 | 2
5 Kualiti Wanita Buruan Lelaki

AWAS WANITA, RUPA DAN KEJELITAAN SAJA TIDAK MAMPU MENGUMPAN LELAKI. AMALKAN 5 RAMUAN, 5 PANDUAN AGAR SEPI HATIMU BAKAL BERTEMAN

Ada di antara teman-teman gadis pembaca EH! yang masih berusaha mendekati jejaka pujaan malah, ada pula yang buntu pabila tiada lelaki yang sudi atau rela mendekati. EH! senaraikan lima kualiti wanita buruan lelaki yang mesti anda semak; lakukan perubahan dan tingkatkan kualiti diri agar selayang pandang, mata mereka pantas terpaut!

1.Sederhana Tetapi Menawan
Inilah kombinasi fizikal yang dicari-cari ramai lelaki. Lelaki lazimnya kurang gemar melihat wanita bersolek tebal, bergaya keterlaluan atau terlalu berani. Ringkasnya, bijak bergaya. Pun begitu, bukan satu perkara yang mudah buat lelaki mendapatkan wanita atau gadis yang mempunyai nisbah kombinasi personaliti yang serba sederhana tetapi menawan.

2.Penuh Kewanitaan Selaras
dengan tuntutan era kepesatan pembangunan, sifat feminin juga semakin terhakis dalam diri wanita masa kini. Lelaki memerlukan wanita yang penuh pesona lemah lembut, romantik dan prihatin. Ini kerana lelaki melihat wanita sebagai tempat untuk bermanja dan dimanja, tempat mencurah kasih, berkongsi pendapat dan mendapatkan dorongan. Dengan sedikit sikap berdikari, anda tentunya wanita yang menjadi buruan lelaki

3.Nujum Lelaki
selalu mengharapkan pasangannya sentiasa mengerti dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Justeru, jadilah wanita yang kaya dengan pelbagai info tentang lelaki, praktikkannya dalam hubungan dan nescaya pasangan anda akan merasa kagum! Malah, bertambah sayang!

sila rujuk majalah untuk selanjutnya 
 
Pengiklanan | Maklumbalas | Peta Laman | Rangkaian | Hubungi Kami | Karier | Tentang BluInc
Penafian | Polisi Persendirian | Hak Cipta Terpelihara @ 2007