Album: Kalau Berpacaran..The Album

SOHAIMI optimized Album: Kalau Berpacaran..The Album

Judul album sahaja sudah cukup untuk membuatkan pendengar mudah mengecam siapa penyanyinya. Mengapa? Kerana lagu ‘Kalau Berpacaran’ yang sering didendangkan di corong radio hampir setiap hari dianggap sebagai unik oleh kebanyakan peminat muzik. Masakan tidak, gabungan tiga penyanyinya termasuk Ana Raffali dan Altimet yang memiliki haluan muzik yang berbeza selain irama lagu yang sedap didengar menjadikan ‘Kalau Berpacaran’ digemari orang ramai.

Namun, fokusnya kini adalah pemilik album itu sendiri iaitu, Suhaimi Mior Hassan yang pernah dikenali dengan lagu nostalgik ‘Epilog Cinta dari Bromley’ di awal tahun 80an. Kemunculan kembali Sohami akhir-akhir ini ternyata mengubati kerinduan peminatnya. Menampilkan 13 buah trek lagu termasuk ‘Kalau Berpacaran’ (versi awal dan minus 1), Sohaimi kali ini banyak menyanyikan lagu berunsur nasihat.

Yang menarik, lagu ‘Hikayat Negeri Antah Berantah’ yang berentak irama asli membuktikan Sohaimi adalah penyanyi yang versatil. Selain itu, ‘Demokrasi’ yang judul asalnya ‘Ini Bukan Demokrasi Kita’ juga ditukar susunan muziknya menjadi lebih bertenaga. Manakala, menerusi lagu ‘Seru’ pula, memperdengarkan paduan suara Sohami dengan Mus (kumpulan May).

Kalau Berpacaran …The Album kini boleh didapati dalam bentuk cakera padat yang dijual dengan harga RM27.90 seunit.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*