Dendangan lagu Raya ciptaan Bittersweet dalam album terbaru!

Mereka antara kumpulan awal yang memperkenalkan muzik indie tanah air selepas OAG, Butterfingers dan Nicestupidplayground. Album kedua yang dirakamkan ini membuktikan mereka mahu terus menakluki ‘empayar’ sebagai kumpulan perintis kepada irama Britpop. bittersweet post(1) Dendangan lagu Raya ciptaan Bittersweet dalam album terbaru!

 

Album Cover ET post(1) Dendangan lagu Raya ciptaan Bittersweet dalam album terbaru!

Trek pertama yang menjadi pembuka album kumpulan Bittersweet, ‘Untitled’ sesuai jika diperdengarkan untuk ke pejabat di awal pagi. Bukan sahaja rentaknya menceriakan, malah alunan lagu mampu menjadi tarikan untuk memulakan hari anda dengan penuh semangat!

Trek kedua, ‘Four Years’ juga diberikan rentak fast. Entah mengapa, mendengarkan gaya nyanyian si vokalis, Fizan diiringi alunan keyboard oleh Emai, mengingatkan saya kepada sebahagian lagu-lagu kumpulan The Cure.

Sementara lagu ‘Burn it Down’ pula membuktikan keupayaan Fizan untuk bermain dengan lenggokan suara. Mungkin menjadikan Matthew Bellamy dari Muse sebagai inspirasi, usahanya wajar dipuji – untuk memberikan kelainan alunan melodi dan suara kepada pendengar setianya. Lagu ‘Older than Before’ yang berentak perlahan pula sekurang-kurangnya menenangkan pendengar daripada terus dibawa ke melodi yang rancak dan bertenaga.

Selain 10 buah lagu Inggeris, lagu dalam Bahasa Melayu turut dimuatkan. Antaranya ‘Ceritera’ selain trek bonus indiepretasi, ‘Getaran Jiwa’ yang menjadi lagu penghormatan buat legenda terkenal, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Paling menarik, Bittersweet buat pertama kalinya turut merakamkan lagu Hari Raya berjudul ‘Next Aidilfitri’. Mungkin trek ini perlu diselitkan dalam kompilasi lagu-lagu raya kali ini untuk dipasang di radio sepanjang perjalanan pulang ke kampung.

Apa yang jelas, hampir kesemua lagu masih mempunyai pengaruh Britpop yang begitu kuat. Bagaimanapun, usaha kumpulan ini yang menjanjikan kelainan dalam industri seni tanah air patut disokong. Namun, EH! berpendapat, Bittersweet perlu menonjolkan lagi imej tersendiri agar dapat tampil lebih unik untuk melangkah ke persada muzik global.

Somehow, they are creative in their own ways! Syabas dari EH!

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*