Filem Gone

Filem Gone01 Filem Gone
Filem thriller arahan Heitor Dhalia yang akan menemui penonton di Malaysia pada 10 Mei ini bakal membuatkan anda tidak senang duduk menontonnya.
Filem Gone02 300x198 Filem Gone
Mimpi ngeri Jill (Amanda Seyfried) bermula apabila adik perempuannya, Molly telah diculik oleh pembunuh bersiri yang dipercayainya adalah penculik sama yang telah menculiknya setahun yang lalu. Malang baginya kerana pihak polis tidak mempercayai teorinya tentang pembunuh bersiri itu, lalu dia tekad untuk menyelamatkan adiknya tanpa bantuan sesiapa pun. Misinya harus segera bermula kerana dia hanya mempunyai tempoh 12 jam untuk menyelamatkan adiknya.
Adakah Jill hanya berhalusinasi dengan dirinya sendiri tentang kejadian itu atau jika ia benar-benar berlaku, berjayakah dia menyelamatkan adiknya daripada ancaman pembunuh bersiri itu? Jangan lupa ikuti filem mendebarkan ini di pawagam berhampiran Mei ini!
Filem Gone03 300x200 Filem Gone

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*