Muka Surat Satu – Album solo pertama Filsuf

Mula muncul di persada muzik tempatan sebagai salah seorang ahli kumpulan hip hop, Ahli Fiqir, kini dia bergerak solo. Daly, atau nama sebenarnya Fadali Mohd Darif kini muncul sebagai artis solo di bawah naungan label Warner Music Malaysia. Namun, dia tidak lagi mahu dikenali sebagai Daly. Sebaliknya, namanya ditukar kepada Filsuf sekaligus bagaikan mahu menghela nafas baru dalam kerjayanya sebagai penggiat muzik.

image002 edit Muka Surat Satu – Album solo pertama Filsuf

Sekalipun namanya berbeza namun pelopor Ahli Fiqir ini masih setia menggunakan imej kumpulan hip hopnya. Buktinya adalah nama ‘Filsuf’ yang dipilihnya merupakan perkataan Arab yang bermaksud Ahli Fikir.

Seiring penukaran namanya, Filsuf  kini muncul dengan album pertama berjudul Muka Surat Satu. Dianggap sebagai buah tangan yang mampu mengubati kerinduan peminatnya, Filsuf menghadiahkan ciri unik dalam albumnya.

Muka Surat Satu tidak hanya mengetengahkan bakatnya seorang. Sebaliknya Filsuf turut melibat kolaborasi bersama beberapa artis tempatan termasuk Erna, Hal Husaini, Bob Yusof atau Bob AF, Wana dan Capital South & Masfuany.

Menariknya kali ini, album ini menampilkan kepelbagaian dari segi penyampaian dan penghasilan lagu. Lagu Sendiri di Kuala Lumpur gandingan Filsuf bersama Bob AF adalah sebuah lagu yang menggandingkan rentak ghazal dan hip hop. Manakala Yang sebenar yang turut dinyanyikan Hal Husaini bersamanya adalah sebuah lagu berunsurkan jazz. Satu lagi trek yang menjanjikan kelainan adalah Boleh iaitu kolaborasi bersama Capital South & Masfuany yang menggabungkan rentak Banghra dan hip hop.

Bagi pencinta muzik hip hop, tentunya album ini menjadi satu lagi sumber inspirasi untuk terus mencintai muzik ini. Pastikan anda mendapatkannya !

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*