Hujan kembali lagi dengan album keempat yang nyata lebih keras dari segi melodi dan susunan muziknya. Trak Janji Kita menjadi pembuka album ini yang turut menampilkan kolaborasi mereka bersama Yuna. Dengarkan juga beberapa trak terbaik Rumah Kita, Mana Mungkin dan Kembara yang hadir dalam melodi yang cukup memikat. Dan usah ketinggalan mendengar hidden track mereka, Lonely Soldier Boy yang cukup menghiburkan.



