SMASH bakal mencuri perhatian peminat Korea!

pic smash(2) SMASH bakal mencuri perhatian peminat Korea!  

K-Pop kini semakin berpengaruh. Bagaikan ‘dilanda Tsunami’, K-Pop menjadi kegilaan ramai peminat bukan sahaja di Asia, malah serata dunia! Jika anda salah seorang pencinta muzik K-Pop, Warner Music kali ini menampilkan kumpulan anak muda terbaru, SMASH. Memiliki imej persis kumpulan terkemuka Korea, SMASH menjadi pertaruhan Indonesia dalam menampilkan kumpulan muzik lain dari yang lain.

SMASH yang merupakan singkatan daripada ‘Seven Men as Seven Heroes’, terdiri daripada tujuh anak muda- Morgan Oey, Rangga Dewamoela Soekarta, Rafael, Dicky Muhammad Prasetya, Reza Anugrah, Muhammad Ilham Fauzi dan Bisma Karisma. Menjadikan kumpulan-kumpulan popular Korea sebagai ikon, setiap gerak tari, penampilan malah genre muzik turut menjadi inspirasi mereka.

pic smash(1) SMASH bakal mencuri perhatian peminat Korea!

Kata mereka, penubuhan kumpulan ini bukan sahaja kerana minat, tetapi juga untuk berkongsi kegembiraan. Perasaan itu dieskpresikan mereka menerusi muzik dan penampilan agar anak-anak muda lain turut sama merasai vibe mereka.

Kini, buat julung kalinya single SMASH yang berjudul ‘I Heart You’ melayari pasaran muzik tanah air! Lagu itu adalah ciptaan Sogi Indradhuaja, Decil Prapanca, Buni D’Looney dan Hendi. Berentak rancak, I Heart You adalah berkisahkan cinta terhadap gadis remaja. Pastikan anda mendapatkan single terbaru ini kerana liriknya yang begitu ‘ringan’, mudah difahami namun istimewa…menjadikan I Heart You patut disenaraikan sebagai ‘trek perlu ada’!

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*