Tiga buku dengan keluaran filem dan drama untuk dibaca bulan ini!

Red Riding Hood

Judul: Red Riding Hood
Penulis: Sarah Blakely

red riding hood img Tiga buku dengan keluaran filem dan drama untuk dibaca bulan ini!

Filem yang dibintangi Amanda Seyfried, Lukas Haas dan Gary Oldman sememangnya antara kisah klasik yang popular di kalangan kanak-kanak atau tajuk asal yang lebih sinonim iaitu ‘Little Red Riding Hood’. Namun, berbeza dengan kisah di dalam filem atau buku ini, anda akan dibawa ke satu alam yang penuh misteri dengan kekejaman sebagai tunjang utama penceritaannya.

Mengisahkan tentang seorang gadis yang ditemui mati dalam keadaan mengerikan di sebuah ladang menyebabkan seluruh penduduk kampung terkejut dan ketakutan mula menular di kalangan mereka. Ya, ia tentunya angkara seekor serigala jadian yang kini bebas mencari mangsanya.

Namun, bagi Valerie, kematian tragis adik perempuannya itu begitu memilukan. Dia seakan-akan berasa tidak tentu arah menyaksikan perbuatan serigala yang penuh kejam itu. Menyedari misteri kehadiran serigala jadian terbabit, Valerie mula mencari kepastian.

Disebalik kesedihan Valerie, seorang jejaka tampan bernama Henri cuba memujuk hatinya. Tetapi, hati Valerie terpaut pada Peter, seorang lagi jejaka yang mahu membina kehidupan baru bersamanya.

Persoalannya, adakah serigala jadian yang dicari-cari Valerie adalah dari kalangan dua lelaki yang cuba menawan hatinya? Atau pun mereka yang lebih dekat dalam hidup Valerie? Dapatkan buku ini untuk mengetahui kisahnya yang penuh debaran!

Judul: Tiada Lagi Mimpi

 

Mungkin anda pengikut setia drama Trilogi Cinta di TV1 yang dibintangi Rosyam Noor, Amyza Adnan dan Fauziah Gous disebabkan kisah cinta tiga segi yang menyayat hati hingga membuatkan anda mengalirkan air mata! Sebagaimana orang ramai maklum, drama itu merupakan adaptasi daripada tiga novel bersiri karya Sharifah Abu Salem.  Jadi, bagaimana pula dengan kisah di dalam novelnya?
Kisahnya bermula apabila kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja.

Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan? TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala

Judul: Tiada Lagi Mimpi
Penulis: Sharifah Abu Salem

tiada lagi mimpi Tiga buku dengan keluaran filem dan drama untuk dibaca bulan ini!

Judul: The Accidental Billionaires

Judul:  The Accidental Billionaires
Penulis: Ben Mezrich

the social network img Tiga buku dengan keluaran filem dan drama untuk dibaca bulan ini!

Filem ‘The Social Network’ yang berjaya merangkul tiga anugerah dalam Oscar Awards wajar dijadikan sebagai penyuntik semangat bagi sesiapa pun untuk merealisasikan impiannya. Namun, hasrat itu perlu dicapai mengikut garis panduan yang betul tanpa melanggar undang-undang. Yang penting, kebijaksanaan sememangnya menjadi tiket untuk terus berjaya!

Filem yang diadaptasi daripada buku berjudul ‘The Accidental Billionaires’ adalah sebuah lagi buku yang patut dibaca. Mengisahkan tentang persahabatan erat antara Eduardo Saverin dan Mark Zuckerberg yang menghabiskan waktu sunyi mereka dengan mencari jalan terbaik untuk menonjolkan diri mereka di kalangan persatuan pelajar yang elit, established dan masyhur di Harvard Universiti.

Pada tahun 2003, Zuckerberg mula bertindak dengan menggodam sistem komputer university itu hingga menyebabkan dirinya hampir dibuang daripada insitusi pengajian terkenal dunia itu. Detik itulah yang menjadi titik tolak kepada idea dalam mencipta sebuah laman web yang mampu mencipta jaringan hubungan di kalangan pelajar.

Namun, kesan revolusi yang dibawa Zuckerberg tersebar meluas hingga ke seluruh dunia menjadikannya mula terkenal! Dengan bantuan Saverin yang bertanggungjawab menyediakan dana untuk membina sistem hubungan itu, akhirnya membawa kepada pergaduhan antara kedua-dua rakan karib itu apabila projek mereka disertai golongan kapitalis, peguam dan mereka yang mahu mengambil kesempatan. Tentunya buku ini membawa anda kepada perasaan yang lebih adventurous kerana tindakan mereka yang pada awalnya dianggap ‘gila’ benar-benar menjadikan mereka kaya dan dikenali.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*