Beto Kusyairy

Beto 1 Beto Kusyairy

Drama Jujur Aku Dayus lakonan bersama Nora Danish membuka mata ramai akan bakat kelahiran Kuala Lumpur ini. Pemilik nama Nurkusyairy Zakuan Osman hadir dalam pesona berbeza.

 

Beto 2 682x1024 Beto Kusyairy

 

PRINSIP LAKONAN? Saya berdiri atas prinsip untuk berkongsi rasa dengan masyarakat. Biar apapun watak diberi saya berharap ia memberi impak kepada penonton agar mereka dapat terkesan, belajar serta berhibur pada masa yang sama.

ANDA SETUJU JIKA SAYA KATAKAN PELAKON TEMPATAN TERBAHAGI DUA ANTARA YANG MENJUAL BAKAT DAN MENJUAL IMEJ SEMATA? Setuju dan agak dukacita apabila sesetengah yang berdiri atas landasan bakat majoritinya tidak diangkat ke tempat sepatutnya. Namun ini lumrah kerana ramai memandang faktor fi zikal sebagai elemen penting berbanding bakat.

JIKA ANDA SEBUAH FILEM, APAKAH FILEM TERSEBUT? Drama, misteri dan aksi. The Bourne Identity mungkin.

WANGIAN PILIHAN Clinique ‘Happy’ For Men, Bodyshop ‘Kistna’ dan Yves Rocher ‘Transat’.

PANDANGAN PERIBADI TENTANG ISTERI ANDA? Si manis yang lembut hati, bijak dan menyayangi diri saya seadanya. Dia juga tulang belakang dalam kerjaya dan kehidupan.

 

Beto 4 Beto Kusyairy

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*