Gaya Raya

 

Fizi Woo A 366x1024 Gaya RayaPelbagai idea dipersembahkan sempena pentas raya baru-baru ini. Setiap pereka tampil dengan gaya tersendiri, ada yang mengekalkan potongan klasik dan ada juga yang masih dibayangi pentas peragaan antarabangsa. Kupasan idea itu kadang kadang sedikit tersasar dengan sensitiviti masyarakat tempatan, malah keasyikan pereka dalam menghasilkan rekaan juga membuatkan mereka alpa bahawa setiap bentuk tubuh dan ketinggian orang kita bukan semuanya sesempurna peragawati. Dan, ada koleksi yang dipersembahkan pula tidak dipelbagaikan sebaliknya tersekat dalam satu gaya dan acara. Walau bagaimanapun, mereka punya jawapan tersendiri. Yakni, sasaran pembeli mereka kerana ia berbeza-beza.

 

 

Cita rasa wanita dalam berfesyen semakin eksperimental dan tidak bosan. Persoalannya, di manakah inti pati dan paksi sebenar sambutan raya? Adakah perlu kekal gaya klasik ataupun biarkan sahaja wanita ini bercanda gaya keruk belakang lebar serta bermegah dengan kain berbelah hingga paras paha? Tepuk dada tanya selera…

 

 

Antara potongan, pembuatan, pilihan fabrik dan warna yang mana satu menjadi pokok utama dalam pembelian anda sebagai pengguna? Kriteria apa yang perlu menepati pesona diri? Inilah yang diusahakan oleh pereka ‘lama’, Rizalman Ibrahim setelah 20 tahun berkecimpung dalam industri ini. Dia menghasilkan koleksi 12 rekaan harga patut dengan usaha sama Tesco. Jelas, pereka ini tidak lokek untuk menggunakan fabrik renda, jersi dan cetak yang tampak sungguh mewah termasuklah pembuatannya teliti lagi kemas.

 

 

 

 

 

 

Gaya Raya 11 558x1024 Gaya Raya

 

Gaya Raya 2 930x1024 Gaya Raya

 

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*