Filem Batman The Dark Knight Rises bakal menjengah pawagam di Malaysia bermula 19 Julai ini. Filem hebat dan penuh aksi arahan sutradara terkemuka, Christopher Nolan ini dikhabarkan bakal menampilkan banyak karakter baru. Filem yang dibintangi oleh Christian Bale (Batman), Anne hathaway sebagai Selena Kyle dan Tom Hardy sebagai Bane menyaksikan watak utamanya, Batman diburu oleh pasukan polis Gotham City selepas tercetusnya peristiwa ‘the dark knight’ lapan tahun lalu. Kemunculan Bane, pengganas yang mengancam untuk memusnahkan kota Gotham harus dihalang dengan segera. Batman harus muncul untuk menyelamatkan bandar raya itu daripada kezaliman Bane. Filem superhero adaptasi daripada DC Comics ini akan ditayangkan selama 2 jam 44 minit dan dijangka menjadi kesimpulan daripada siri-siri filem Batman terdahulu.






