Proses Ikat Celup (Tie-Dye)

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Tie-dye atau ikat celup telah wujud sebelum zaman kegemilangan hipi di Amerika Syarikat lagi. Ia mula dihasilkan di India dengan nama Bandhani dan di Jepun yang lebih dikenali sebagai Shibori. Namun corak ikat celup menjadi kegilaan ramai selepas ia menjadi gaya utama orang-orang hipi. Tahukah anda, sebenarnya sangat mudah untuk menghasilkan corak ikat celup pada fabrik dan anda sendiri mampu menghasilkannya?

YANG PELIK DI KARPET MERAH GRAMMY >>

PANDUAN BERGAYA DENGAN SELUAR HAREM >>

Bahan yang diperlukan:

T-shirt putih

Pewarna fabrik (jenama yang biasa digunakan adalah Dylon yang berharga RM6.90)

Sebotol semburan air

Getah gelang

Sarung tangan

Baldi

Pertama sekali, campurkan pewarna fabrik dengan air dan sedikit garam di dalam baldi. Minimum dua warna diperlukan.

Hamparkan baju anda ke atas permukaan yang rata dan bersih.

Cubit di bahagian atas kiri baju dan pusingkan untuk mendapatkan satu lingkaran.

Lakukan langkah yang sama di bahagian bawah sebelah kanan baju.

Rapatkan lebihan baju ke lingkaran-lingkaran yang telah dibuat.

Semburkan sedikit air ke atas permukaannya.

Ikatkan baju dengan getah gelang sehingga baju tersebut padat.

Celupkan sebahagian baju ke dalam warna yang telah diadunkan. Biarkan 10 minit dan celup sebelah bahagian lagi dengan warna yang berbeza. Buka ikatan, cuci baju dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Setelah kering, seterika baju tersebut untuk membuatkan warnanya tahan lama.

TIPS JADI FASHIONISTA >>

INSPIRASI FESYEN YUNA >>

Buat pertama kali ini, eksperimentasi proses ikat celup ini dengan kemeja-T Pagoda ayah anda dahulu. Setelah mahir, anda mungkin boleh mencuba menyerlahkan lagi bakat seni anda dengan seluar jean putih lama anda atau beg sandang. Cubalah dan beritahu kami hasilnya!

Sumber: youtube

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*