Cristina Suzanne

BAKATNYA BERPOTENSI, PERSONALITINYA CUKUP DISENANGI. CRISTINA SUZANNE STOCKSTILL, BINTANG BARU YANG BAKAL MENYULUH INDUSTRI SENI!

Sebagai artis baru, Cristina menganggap namanya masih lagi baru. Tidak semua orang mengenalinya. Dan buat masa ini dia masih selesa melayari kehidupan sebagai pelakon. Belum pernah ada insiden yang membuatnya menyesal memilih bidang lakonan sebagai kerjaya. EH! puji tentang Cristina ialah disiplinnya. Sudah beberapa kali bekerjasama, dia sering komited dan sentiasa tiba awal. “Mungkin kerana saya sudah dilatih untuk menepati masa. Sejak bertugas di awan biru lagi, soal masa sudah dititikberatkan. Saya tak suka menyusahkan orang lain, kerana saya percaya setiap orang ada kerja masing masing. Jadi kita perlu hormat masa orang lain. Mudah sahaja.”

 

 

 

 

 

“Satu hari sewaktu melayari MySpace, saya terjumpa profil Erma Fatima (Mama), saya add dia. Esoknya Mama hantar pesanan di MySpace. Bunyinya ‘Awak ni cute lah. Nak jadi pelakon?’. Terkejut. ‘Nak! Tapi awak ni betul ke Erma Fatima?’ balas saya. ‘Kalau hendak jadi pelakon, jemput datang casting’ balas Mama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Saya pernah katakan perkara ini dengan Abang Man (Osman Ali), satu hari nanti jika orang kenal saya bolehkah saya jadi diri sendiri. Jika sekarang saya duduk di tepi jalan orang tak kisah, tapi satu hari nanti kalau orang dah kenal, benda seperti itu (duduk di tepi jalan) pun mungkin boleh jadi isu. Namun, pesan Abang Man, semua kerjaya ada cabarannya. Dan sebagai pelakon, ini salah satu cabarannya. Tidak perlu berfikir untuk berpatah balik.”

 

 

 

 

 

 

 

 

“Saya ni usia sudah 27 tahun tapi masih berimaginasi seperti kanak-kanak. Dari kecil hingga sekarang saya suka lihat pelangi dan sentiasa berfikir alangkah seronoknya jika saya boleh meluncur di atas pelangi.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Siapa yang tak mahu cantik, semua orang nak cantik. Tapi saya tak tahulah mengapa dengan diri saya. Bila hendak bercantik-cantik ada sahaja tak kena, nak minum straw termasuk hidunglah, nak tersungkurlah dan macam-macam lagi. Hinggakan saya takut untuk tampil feminin pabila ke majlis (ketawa). Saya rasa disturbing.”

 

Komen Anda

*