Serlahkan kuasa mu!

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Sudah tiba masanya untuk anda menunjukkan super power yang terpendam dengan kosmetik M.A.C musim panas 2011. Menampilkan alat solek untuk mata, bibir, pipi dan keseluruhan wajah, saiznya yang berganda mampu membuatkan anda teruja! Ikuti temubual EH! bersama Pengurus Pelatih Senior M.A.C Malaysia, Caressa Hanoom mengenai koleksi Wonder Woman ini.

 

 

Boleh ceritakan serba sedikit mengenai sejarah Caressa bersama syarikat gergasi kosmetik, M.A.C ini?

Saya menggelarkan diri saya sebagai peminat no.1 solekan. Sejak kecil lagi, saya gemar menyelongkar beg solek ibu dan mencuba setiap apa yang disimpannya. Akibatnya, saya dihukum dan grounded. Haha! Mungkin hidup saya bersama M.A.C seolah-olah ‘ditakdirkan’ kerana apa jua yang saya lakukan pasti melibatkan warna untuk menjadikan seseorang cantik. Bagi saya, wanita layak untuk tampil cantik dan apa yang membanggakan, sentuhan saya yang mampu menyerlahkan kejelitaan seseorang sudah cukup menggembirakan.

 

 

 

 

Maskara RM65
Lipglass RM88

 

 

 

Apakah yang M.A.C mahu perkenalkan kepada peminat kali ini?

Koleksi kali ini adalah ternyata bigger than life. Lebih menarik, MAC mampu melakar sejarah kerana berjaya mengeluarkan kosmetik dengan jumbo size and it’s amazing! Ini kerana bukan sahaja saiznya berganda, tetapi nilai pembelian juga berbaloi selain formula kosmetiknya yang berasaskan mineral. Warnanya pula? Oh, memang antara warna terbaik dalam solekan mengikut musim bunga panas 2011 M.A.C iaitu pop classic.

 

Mineralize Skinfinish RM145

 

Adakah formula mineralize ini berkesan untuk memperoleh solekan wajah yang effortless?

Tentunya! Sebagai contoh, apabila anda memakai bedak bronze Mineralize Skinfinish pada bahagian muka, it will blend easily with your type of skin. Hasilnya, solekan menjadi lebih natural seolah-olah wajah anda tidak disolek tetapi tampak menawan dan cantik. Begitu juga dengan Wonder Woman Lipglass di mana bukan sahaja warnanya menarik tetapi the size is really huge! Hanya dengan sekali sapuan sudah cukup untuk memiliki bibir yang berkilau. Tidakkah ia menjimatkan wang dan masa?

 

 

Mengapa M.A.C memilih tema Wonder Woman?

Berdasarkan komik yang dikeluarkan DC Comics pada kira-kira tahun 1841, watak heroin Wonder Woman adalah seorang wanita yang cantik, baik dan berani. Karakter ini amat bersesuaian bagi setiap wanita walau di masa kini. Sama ada anda seorang ibu, isteri, teman wanita mahupun anak perempuan, karakter wonder woman adalah ikon terbaik untuk menggambarkan seorang wanita yang kuat namun tetap menawan.

Gincu Wonder Woman, RM69

Apakah tip untuk mencantikkan wajah seseorang yang Plain Jane secara instant?

Bagi saya, gincu adalah alat solek paling ‘mujarab’ untuk memberikan sentuhan wajah yang cantik kerana apa jua asas solekan, pastinya melihat kepada warna gincu yang dipilih. M.A.C Wonder Woman menampilkan beberapa rona gincu. Contohnya, jika anda seorang yang sukakan solekan natural, gincu Marquise d’ adalah paling tepat manakala bagi mereka yang daring, rona Spitfire adalah yang terbaik. Tidak kurang juga untuk gaya wajah klasik, gincu Russian Red mampu melengkapkan gaya itu.

Jika Caressa diberikan super power, apakah kuasa yang diinginkan?

Tentunya kuasa untuk menghapuskan jangkitan Aids dan HIV! M.A.C bukan sahaja menumpukan kepada perniagaan kosmetik tetapi kami juga benar-benar mengambil berat terhadap mereka yang dijangkiti virus maut ini. Saya pernah meluangkan masa sehari bersama kanak-kanak dan ibu yang dijangkiti AIDS . Ketika itu, saya mampu merasai penderitaan yang dilalui mereka. Bagaimana mereka disisihkan masyarakat dan dipandang serong, semuanya diceritakan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Untuk itu, saya mahukan super power untuk mengubah situasi ini!

Pemerah pipi, RM100

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*